Posisi Jimak Yang Memudahkan Klimaks – Ilmu Wajib Suami Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kali ini saya ingin memberikan 6 posisi jimak yang memudahkan klimaks. Klimaks, atau inzal adalah puncak kepada setiap aktiviti seks. Setiap pasangan ingin klimaks, dan mencapai kepuasan ketika berasmara. Dalam erti kata lain,  boleh dikatakan klimaks adalah penentu sama ada hubungan seks tersebut berjaya, atau tidak.

Seperti yang anda ketahui, dan yang saya beritahu sebelum ini, posisi jimak atau posisi seks memainkan peranan dalam aktiviti seks. Oleh itu memilih posisi jimak yang sesuai dan terbaik adalah amat penting untuk memastikan aktiviti seks yang dijalani penuh dengan kenikmatan dan kepuasan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut bagaimana untuk memilih posisi jimak terbaik untuk anda berdua, baca artikel saya sebelum ini tentang bagaimana memilih posisi jimak terbaik.

Posisi jimak yang memudahkan klimaks
Posisi jimak yang sesuai dengan mudah dapat buat pasangan anda klimaks berkali-kali Click To Tweet

Tidak Memilih Posisi Jimak Yang Memudahkan Klimaks

Seringkali pasangan gagal untuk klimaks, sama ada isteri atau suami adalah kerana memilih posisi jimak yang salah. Posisi jimak harus dipilih berdasarkan beberapa faktor, seperti keadaan fizikal pasangan.

Saya telah membincangkan secara terperinci tentang bagaimana faktor fizikal seperti saiz zakar dan saiz faraj mempengaruhi hubungan seks anda berdua. Dalam erti kata lain memilih posisi jimak yang sesuai ketika bersetubuh adalah penentu sama ada hubungan seks akan berakhir dengan kepuasan, atau sebaliknya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa posisi jimak yang memudahkan klimaks, dan boleh membantu anda dan pasangan untuk mencapai klimaks bersama. Di sini saya berikan beberapa posisi jimak yang diambil daripada Panduan Kamasutra, Ananga Ranga, Taman Harum dan Seni Seks Tao

Posisi Jimak Gajah – Kamasutra

Posisi jimak gajah

Posisi jimak gajah diilhamkan daripada belalai gajah yang fleksibel. Posisi ini mudah dilakukan dan boleh memberikan kenikmatan berbeza berbanding posisi-posisi jimak moden yang terdapat pada masa sekarang

Kenapa posisi ini memudahkan anda untuk klimaks?

Posisi ini membolehkan zakar melakukan penembusan yang dalam ke dalam faraj isteri. Dan posisi ini juga akan memudahkan zakar untuk menggesel titik G-Spot isteri.

‘Hentaman’ badan suami pada punggung isteri akan menambahkan kenikmatan kepada isteri.

Posisi Jimak Indra – Kamasutra

Posisi jimak indra

Pada posisi jimak ini si isteri membelakangkan suami dan perlahan-lahan duduk di atas zakar suami.

Seperti juga posisi jimak Gajah, posisi jimak Indra memudahkan zakar suami untuk menyentuh dan menggesel titik G-Spot isteri.

Pada posisi ini juga, setiap pergerakan isteri akan membuatkan biji kelentit (clitoris) beliau bergesel dengan buah zakar suami. Ini akan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua pihak.

Si isteri lebih memainkan peranan pada posisi jimak Indra ini berbanding suami. Walaubagaimanapun suami boleh membantu dengan menggerakkan pinggul dan menujah faraj isteri.

Posisi Jimak Setaraf – Ananga Ranga

Posisi jimak setaraf

Posisi jimak ini lebih romantik dan boleh menimbulkan suasana mesra dan erotik.

Posisi jimak setaraf dimulakan cumbuan mesra, diikuti dengan si isteri meliliti kakinya pada pinggang suami. Si suami kemudian memegang erat pinggang si isteri, dan perlahan-lahan membantu si isteri memasukkan faraj ke dalam zakar.

Walaupun si isteri mengawal ritma pada posisi ini, si suami boleh membantu dengan memegang dan menggerakkan pinggang atau pinggul isteri.

Posisi ini juga memberi kelebihan kepada si suami untuk bermain-main dengan payudara isteri.

Ini akan membantu isteri untuk klimaks, dan meningkatkan ghairah suami.

Posisi Jimak Bukaan Indra – Ananga Ranga

Posisi jimak bukaan indra

Sekali pandang, kelihatan seperti posisi jimak ini sukar untuk dipraktikkan, dan memenatkan. Tetapi sebenarnya posisi ini mudah, dan boleh memberikan nikmat yang tak terhingga kepada pasangan.

Pada posisi ini, si isteri meletakkan bantal di bawah badan untuk menyokong badan, dan supaya faraj isteri berada selari dengan zakar suami.

Posisi ini membolehkan tusukan zakar yang dalam dan lembut.

Si isteri boleh meningkatkan ghairah dengan mengusap payudara beliau dalam posisi jimak ini

Posisi Jimak Pelangi – Taman Harum

Posisi jimak pelangi

Posisi jimak pelangi dari Kitab Taman Harum adalah posisi jimak yang unik, dan tidak terdapat pada kitab-kitab lain.

Pada posisi ini, zakar dapat menujah faraj dari sudut yang berbeza daripada posisi-posisi lain, dan ini akan memberikan kenikmatan yang baru kepada isteri, mahupun suami.

Pada posisi ini juga, tubuh suami akan mengetuk biji kelentit isteri untuk menambahkan nikmat isteri.

Si suami boleh memegang pinggang si isteri berbanding bahu, atau suami boleh juga mengusap dan meramas payudara isteri pada posisi ini untuk meningkatkan ghairah isteri.

Posisi Jimak Berbalik – Taman Harum

Posisi jimak berbalik

Untuk melakukan posisi ini, si suami berbaring dan mengangkat kedua-dua belah kaki rapat ke dada. Si isteri kemudian menghampiri suami, duduk dan perlahan-lahan memasukkan zakar ke dalam faraj.

Si isteri mengawal pergerakan pada posisi ini, dan dibantu oleh si suami dengan menggerakkan kakinya ke depan dan ke belakang, selari dengan pergerakan isteri.

Posisi jimak ini memudahkan klimaks kerana si isteri lebih selesa bergerak apabila disokong oleh kaki suami, berbanding posisi biasa ‘woman on top’.

Posisi Kuda Menggoyang Kaki – Seni Seks Tao

Posisi kuda menyilang kaki

Si isteri berbaring, mengangkat sebelah kaki dan meletakkan kaki tersebut di atas bahu suami. Sebelah kaki lagi dibengkokkan ke dada dan menahan badan suami.

Posisi ini adalah salah satu posisi jimak yang memudahkan klimaks kerana faraj isteri terdedah dan regangan faraj berubah dengan setiap gerakan menujah si suami.

Posisi jimak kuda menggoyang kaki juga boleh dikatakan posisi jimak yang merangsang emosi isteri kerana kaki yang diletakkan pada badan adalah seperti ini menolak tujahan suami, sedangkan pada hakikatnya si isteri inginkan tusukan zakar suami.

Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada psikologi isteri, dan membuatkan beliau lebih bernafsu.

Posisi Itik Mandarin – Seni Seks Tao

Posisi jimak itik mandarin

Posisi jimak itik mandarin adalah kontra daripada posisi jimak spoon. Pada posisi itik mandarin, si isteri tidak membelakangkan suami, malah beralih dan menghadap suami.

Ini menambahkan kemesraan dan memberikan peluang kepada suami untuk membelai isteri.

Si suami boleh menjilat dan menghisap payudara isteri, atau si suami juga boleh bermain-main dengan biji kelentit si isteri dalam posisi ini.

Posisi ini adalah posisi yang sangat romantik dan mesra, tetapi dalam masa yang sama posisi ini juga adalah salah satu posisi jimak yang memudahkan klimaks.

Enam posisi jimak yang memudahkan klimaks, yang saya berikan di atas adalah antara posisi-posisi jimak yang terdapat pada panduan Kamasutra Bergambar. Seperti yang anda tahu, posisi-posisi jimak ini diambil daripada empat kitab asmara yang tersohor iaitu Kamasutra, Ananga Ranga, Taman Harum, dan Seni Tao.

Jadi boleh dikatakan posisi-posisi jimak ini adalah antara posisi-posisi jimak terbaik yang telah diamalkan sejak turun temurun. Posisi-posisi jimak ini juga adalah inspirasi kepada posisi-posisi jimak moden yang anda kenali sekarang, seperti posisi jimak missionary, posisi jimak doggy, posisi jimak spoon, dan sebagainya.

Oleh itu jika anda ingin mempelajari, mengamalkan, dan memberi kepuasan kepada pasangan anda dalam hubungan seks, dapatkan panduan Kamasutra Bergambar dan cuba 102 Posisi Jimak yang terdapat di dalam panduan ini.

Berikan kepuasan dan buat si dia klimaks dengan posisi-posisi jimak yang terdapat di dalam panduan Kamasutra Bergambar.

share-nodes
Kongsi: