Posisi Bersetubuh Semasa Hamil – Selamat Untuk Ibu Dan Bayi

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Ramai pasangan suami isteri yang takut atau risau untuk bersetubuh ketika isteri hamil. Mereka menganggap bersetubuh semasa hamil boleh beri kesan buruk kepada kandungan isteri. Ini sebenarnya tanggapan yang salah.

Seks semasa hamil tidak merbahaya – jika dilakukan dengan teknik yang betul!

Posisi bersetubuh semasa hamil
Seks ketika hamil selamat dan tidak memudaratkan! Click To Tweet

Bersetubuh Ketika Hamil Selamat

Semasa hamil, keutamaan utama sudah tentu diberi kepada bayi yang di kandung isteri. Tetapi ini tak bermakna anda berdua perlu melupakan perkara-perkara yang boleh menjaga keintiman suami isteri, seperti hubungan kelamin.

Seperti yang saya katakan, bersetubuh semasa hamil adalah selamat. Anda berdua tak perlu risau seks akan beri kesan negatif kepada kandungan isteri.

Tetapi, cara bersetubuh perlulah sesuai dengan keadaan fizikal isteri. Tak bolehlah nak buat seks liar atau cuba posisi bersetubuh yang memudaratkan isteri.

Bercakap tentang posisi bersetubuh semasa hamil, masih ramai pasangan suami isteri yang tak tahu sebenarnya tak banyak posisi yang boleh dilakukan isteri hamil

Jadi, apakah posisi bersetubuh semasa hamil yang selamat dan tidak memudaratkan isteri?

Posisi Bersetubuh Semasa Hamil Yang Selamat

Secara ringkas, posisi bersetubuh ketika hamil yang selamat dan sesuai adalah posisi yang tidak membebankan isteri.

Dalam erti kata lain, posisi ketika hamil adalah posisi yang boleh buat isteri berada dalam keadaan santai dan tidak terlalu bekerja keras.

Berikut ialah posisi bersetubuh semasa hamil yang boleh anda berdua amalkan ketika isteri mengandung.

Posisi Sisi (sudut yang sesuai)

Posisi sisi

Anda berdua berbaring dari sisi masing-masing, tubuh anda berdua membentuk bentuk “V”. Letakkan bantal pada kepala atau badan sebagai sokongan. Isteri letak kaki di atas pinggan suami untuk tidak mengurangkan beban. Posisi ini sesuai sebagai posisi bersetubuh semasa hamil yang selamat kerana perut isteri tidak menerima sebarang beban dari suami.

Posisi Wanita Di Atas

posisi bersetubuh semasa hamil posisi wanita di atas

Posisi wanita di atas adalah antara posisi bersetubuh ketika hamil yang tidak membebankan isteri. Isteri duduk dan rehat di atas tubuh suami sepenuhnya. Pada posisi ini isteri boleh memilih daya yang sesuai berdasarkan keadaan fizikal beliau. Terpulang kepada isteri untuk bergerak dengan laju atau perlahan. Isteri juga boleh mengawal kedalaman tujahan zakar.

Menggunakan Kerusi Sebagai Sokongan

Posisi kerusi

Kerusi boleh digunakan sebagai alatan tambahan untuk melakukan posisi bersetubuh semasa hamil yang selamat. Pastikan anda berdua pilih kerusi yang kukuh, tak bergoyang. Letak kerusi pada dinding atau perabot lain sebagai sokongan.

Posisi Spoon

Posisi spoon

Posisi spoon adalah antara posisi bersetubuh yang popular. Posisi jimak ini sangat santai dan tidak membebankan – sangat sesuai diamalkan ketika isteri hamil. Tujahan zakar pada posisi ini lebih cetek daripada posisi-posisi yang lain. Tetapi, ini sangat baik kerana tujahan yang boleh buat isteri yang mengandung kurang selesa.

Posisi Di Bucu Katil

Posisi bucu katil

Seperti kerusi, bucu katil juga boleh digunakan untuk posisi bersetubuh ketika hamil yang selamat. Boleh letakkan bantal pada punggung isteri sebagai sokongan. Suami juga boleh lapik lutut dengan kain atau bantal untuk lebih selesa pada posisi ini.

Posisi Bersetubuh Selepas Hamil

Posisi bersetubuh semasa hamil yang saya beri kat atas boleh anda berdua amalkan semasa isteri hamil, mahupun selepas isteri selamat melahirkan anak.

Sebaik-baiknya tunggu sekurang-kurangnya enam minggu selepas bersalin sebelum bersetubuh.

Jika anda nak rasa lebih “adventure” dan alami pengalaman baru selepas isteri bersalin, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Kamasutra Bergambar.

Panduan ini mengandungi 102 posisi seks terbaik yang boleh beri nikmat baru dalam hubungan kelamin suami isteri.

share-nodes
Kongsi: