Kamasutra Melayu – Ilmu Seks Paling Lengkap Dalam Bahasa Melayu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Wujud ke ajaran Kamasutra melayu, iaitu ilmu Kamasutra di dalam Bahasa Melayu? Dahulu memang tak ada. Walaupun dah diterjemahkan dalam hampir semua bahasa di dunia, Bahasa Melayu tak ada. Tapi sekarang Kamasutra telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu – Kamasutra Melayu.

Kamasutra melayu pasangan bahagia
Kitab Kamasutra telah dibuktikan sebagai manual seks paling tua di dunia! Click To Tweet

Apa Itu Kamasutra

Kamasutra adalah ilmu asmara suami isteri yang dikarang 400 tahun sebelum Tahun Masihi. Kamasutra diterbitkan dalam bentuk panduan bertulis oleh pengarangnya iaitu Vatsayana.

Vatsayana menulis Kamasutra berdasarkan kajian dan pemahaman beliau terhadap kehidupan manusia secara keseluruhan. Oleh itu boleh dikatakan Kamasutra adalah kitab panduan ilmu suami isteri yang paling tua di dunia.

Penulisan Vatsayana ini telah dibukukan ke dalam satu Kitab Ilmu Asmara yang dinamakan Kitab Kamasutra.

Kamasutra Mula Dikenali

Pada suatu masa dahulu, hanya masyarakat India sahaja yang tahu dan mempraktikkan ilmu asmara Kamasutra. Walau bagaimanapun pada tahun 1883, seorang warganegara British iaitu ‘Sir Richard Francis Burton’ telah menterjemahkan ajaran Kamasutra ke dalam Bahasa Inggeris.

Beliau kemudiannya menerbitkan edisi pertama Kamasutra di dalam Bahasa Inggeris. Buku panduan ini mendapat sambutan hangat oleh masyarakat barat.

Selepas sahaja edisi Bahasa Inggeris tersebut diterbitkan, kitab ilmu Kamasutra telah diterjemahkan hampir ke semua bahasa di dunia ini.

Ilmu Kamasutra menjadi popular kerana ilmu-ilmu ini telah diperakui oleh masyarakat dunia sebagai ilmu seksual terbaik buat pasangan.

Posisi Seks Kamasutra

Salah satu faktor utama yang buat Kamasutra menjadi popular adalah kerana posisi-posisi seks yang terkandung di dalam ajaran Kamasutra.

Sebelum masyarakat sedar akan kewujudan ajaran Kamasutra, mereka hanya mengamalkan posisi-posisi seks yang biasa seperti posisi seks Missionary, Doggy atau Spoon. Walau bagaimanapun setelah mengetahui ilmu Kamasutra, pelbagai variasi posisi seks yang diambil dari ilmu Kamasutra menjadi terkenal.

Posisi-posisi seks yang berasal dari ajaran Kamasutra ini mula diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat di dunia.

Malah boleh dikatakan posisi-posisi seks moden yang dicipta dan dipopularkan pada hari ini mempunyai akar umbi daripada posisi seks ajaran Kamasutra.

Lebih Dari Posisi Seks

Ramai yang menganggap Kamasutra hanya mengajar tentang posisi seks dan teknik berjimak. Ini adalah fakta yang salah. Posisi seks hanya merangkumi 20% sahaja daripada ajaran Kamasutra.

Ilmu Kamasutra sebenarnya bukan sahaja tentang Posisi Seks. Boleh dikatakan ilmu Kamasutra adalah sebuah panduan lengkap kepada pasangan suami isteri untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga mereka, bukan sahaja dari aspek seksologi, tetapi juga kehidupan berumah tangga secara keseluruhan.

Kamasutra amat menitikberatkan percintaan dan kasih sayang dalam kehidupan rumahtangga. Selain daripada ilmu-ilmu seksual, Kamasutra juga memberi teknik dan tips bagaimana untuk menambat hati pasangan dengan menggoda pasangan.

Pendek kata, dengan mempelajari ilmu Kamasutra anda dan si dia dijamin akan meningkatkan kebahagiaan dalam rumahtangga anda berdua.

Kama Sutra Melayu

Oleh kerana Kamasutra adalah satu ilmu asmara yang begitu penting kepada pasangan yang berumah tangga, saya telah mengambil inisiatif dan menterjemahkan ilmu Kamasutra ke dalam Bahasa Melayu.

Panduan Kamasutra Melayu adalah ilmu-ilmu terpilih dari ajaran Kamasutra. Boleh dikatakan ilmu di dalam Kamasutra Melayu ini adalah ilmu terbaik dan terpilih dari ajaran Kamasutra.

Panduan Kamasutra Melayu ini juga menggabungkan ilmu dari tiga kitab asmara yang lain, iaitu Kitab Ananga Ranga, Kitab Taman Harum, dan Kitab Manual Seks Tao. Kitab-kitab asmara ini tidak kurang hebatnya dengan ajaran Kamasutra.

Jika anda ingin belajar ilmu Kamasutra yang terkenal di seluruh dunia, anda perlu dapatkan Panduan Kamasutra Melayu ini.

Adalah amat rugi jika anda tidak memanfaatkan peluang ini dengan menambah ilmu asmara anda untuk memberi pengalaman dan nikmat baru kepada pasangan ketika berasmara.

Klik link yang saya berikan di atas dan dapatkan panduan Kamasutra Melayu sekarang juga. Jangan berkira untuk mendapatkan ilmu yang boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga. Dapatkan sekarang.

share-nodes
Kongsi: