Ilmu Kama Sutra Untuk Kepuasan Bersama di Ranjang

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Ilmu kama sutra adalah ilmu yang sering dibicarakan apabila berkaitan soal berasmara. Teknik-teknik berasmara kama sutra dan posisi-posisi seks kama sutra dijadikan benchmark untuk ilmu seks moden dan posisi seks moden.

Ilmu kama sutra

Kenapa Ilmu Kama Sutra Begitu Terkenal?

Kehebatan kama sutra begitu tersohor di seluruh dunia. Malah bagi pasangan yang sering mencari teknik berasmara yang hebat, ilmu Kamasutra dijadikan panduan untuk kepuasan berhubungan intim suami isteri.

Ilmu ini begitu terkenal dan boleh dikatakan adalah asas yang dirujuk oleh pakar-pakar seksual untuk mencipta ilmu asmara yang boleh membantu pasangan-pasangan di luar sana.

Ilmu kama sutra sering dijadikan rujukan oleh pakar seksual seluruh dunia Click To Tweet

Malah mereka telah melakukan pelbagai kajian terhadap ilmu seksologi, dan bersetuju bahawa ilmu kama sutra adalah ilmu asmara lengkap untuk meningkatkan nikmat hubungan suami isteri.

Hasilnya, pelbagai panduan dan buku yang telah diterbitkan berkaitan kama sutra. Boleh dikatakan semua bahasa di dunia mempunyai versi bercinta kama sutra mereka.

Ilmu Asmara Gaya Kama Sutra

Ramai yang mengenali kama sutra dengan posisi seksnya. Tetapi sebenarnya, kama sutra memberikan ilmu yang lebih, bukan sahaja posisi seks kama sutra.

Ini tidak menghairankan. Kama sutra sebenarnya dicipta untuk membantu pasangan suami isteri. Bukan sahaja ketika berasmara di ranjang, tetapi juga dalam kehidupan harian.

Malah boleh dikatakan posisi seks kama sutra hanyalah sedikit daripada ilmu sebenar kama sutra.

Kama sutra memberikan panduan lengkap untuk pasangan suami isteri bercinta. Ilmu ini dipenuhi dengan tip dan teknik bercinta yang dicipta khusus untuk suami, mahupun isteri.

Tip-tip ini adalah hasil dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan oleh penulis kama sutra, iaitu Vatsayana terhadap kehidupan lengkap pasangan suami isteri.

Tip dan Teknik Kama Sutra

Teknik kama sutra seperti teknik ciuman, teknik pelukan, teknik gigitan, teknik cakaran, dan teknik foreplay adalah antara teknik-teknik yang terkandung dalam ilmu kama sutra.

Ilmu ini juga mengajar suami bagaimana untuk memantapkan zakar mereka dengan latihan-latihan dan teknik tusukan. Latihan dan teknik ini dicipta khusus untuk semua jenis zakar lelaki.

Begitu juga untuk isteri. Kama sutra memberi teknik latihan faraj yang lengkap kepada isteri. Latihan-latihan ini bukan sahaja boleh buat faraj lebih sihat, tetapi juga boleh buat isteri memberi nikmat kepada suami ketika bersetubuh.

Seperti yang dipersetujui, kama sutra adalah ilmu asmara lengkap untuk panduan suami isteri.

Posisi Seks Kama Sutra Untuk Seks Hebat

Ini adalah ilmu yang menjadikan kama sutra terkenal. Sebelum masyarakat mengenali posisi-posisi seks kama sutra, ramai pasangan yang tak tahu posisi seks yang berbeza boleh memberi nikmat yang berbeza.

Masyarakat pada zaman dahulu hanya melakukan posisi seks yang sama ketika bersetubuh. Jika ada pun, hanya dua atau tiga posisi yang dipraktikkan oleh pasangan suami isteri.

Tak ramai yang tahu terdapat pelbagai jenis posisi seks yang boleh diamalkan ketika berasmara. Posisi seks kama sutra telah mengubah persepsi ini.

Walau bagaimanapun, ramai yang menganggap posisi seks kama sutra hanya posisi seks yang pelik-pelik, seperti posisi seks akrobatik.

Bukan Hanya Posisi Akrobatik

Memang benar, terdapat posisi seks kama sutra yang kelihatan seperti posisi akrobatik. Tetapi, sebenarnya terdapat banyak lagi posisi seks kama sutra yang tidak diketahui umum.

Walaupun banyak laman web yang mendakwa posisi-posisi seks yang dipaparkan pada laman web mereka adalah posisi seks kama sutra, hakikat adalah sebaliknya.

Kebanyakan posisi-posisi seks tersebut adalah posisi-posisi seks moden yang diadaptasi daripada posisi seks asli kama sutra. Dalam erti kata lain, posisi-posisi seks tersebut adalah posisi kama sutra palsu.

Anda Perlu Belajar Posisi Seks Kama Sutra Asli

Posisi seks kama sutra asli adalah posisi seks terbaik. Ini adalah fakta yang telah dipersetujui oleh pakar-pakar seksual.

Cuba anda bayangkan, walaupun kama sutra telah diterbitkan 400 tahun sebelum Masihi, posisi-posisi seks kama sutra masih dijadikan asas untuk posisi seks moden, sehingga ke hari ini.

Jika anda ingin belajar posisi seks kama sutra yang asli, yang original, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar.

Panduan ini mengandungi 102 koleksi posisi seks kama sutra yang original. Posisi-posisi ini adalah posisi terbaik, dan dijamin boleh buat anda berdua mengecapi nikmat berasmara yang belum pernah anda berdua rasai sebelum ini.

share-nodes
Kongsi: