Cara Cepat Hamil Ketika Bersetubuh Dengan Ilmu Kamasutra

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Boleh dikatakan semua pasangan suami isteri mencari cara cepat hamil kerana inginkan cahaya mata. Malah ada yang sanggup mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk berjumpa pakar atau berubat – kononnya boleh cepat hamil dengan bantuan pakar.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memainkan peranan untuk menentukan kehamilan. Betul semuanya adalah ketentuan Ilahi. Tetapi ini tidak bermakna kita tak perlu berusaha dengan mengambil kira faktor-faktor yang boleh membantu isteri hamil.

Cara cepat hamil ketika bersetubuh
Teknik bersetubuh juga memainkan peranan untuk mudah hamil, ramai yang tak ambil berat Click To Tweet

Cara Cepat Hamil Ketika Bersetubuh

Walaupun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kehamilan seseorang wanita, seperti faktor usia, faktor pemakanan, tahap kesihatan atau berat badan – terdapat satu lagi faktor yang jarang dititik-beratkan oleh ramai pasangan.

Faktor yang saya maksudkan ialah teknik bersetubuh.

Ramai pasangan tak tahu bahawa aktiviti bersetubuh juga memainkan peranan yang penting sebagai salah satu cara cepat hamil.

Aktiviti bersetubuh jika dilakukan dengan betul secara mudah dapat mempengaruhi sama ada wanita tersebut mudah hamil atau tidak.

Berikut saya senaraikan beberapa cara mudah hamil ketika bersetubuh.

1. Pilih Waktu Bersetubuh Yang Sesuai

Semua pasangan tahu masa bersetubuh yang paling sesuai untuk memudahkan hamil ialah ketika isteri subur, iaitu 4 atau 5 hari sebelum masa subur atau pada masa subur.

Tetapi tak ramai tahu yang hubungan seks pada waktu pagi juga boleh membantu memudahkan isteri hamil. Selepas tidur dan rehat yang cukup, anda berdua menjadi bertenaga dan sangat sesuai untuk bersetubuh.

Pada waktu pagi juga kaum lelaki mudah untuk memancutkan sperma dengan kuantiti yang banyak, berbanding pada malam hari selepas penat bekerja atau letih dengan aktiviti harian.

Faktor ini sangat membantu sebagai salah satu cara cepat hamil ketika bersetubuh.

2. Panjangkan Sesi Pemanasan (foreplay)

Foreplay adalah salah satu aktiviti yang sangat penting ketika bersetubuh. Malangnya ramai pasangan suami isteri yang mengabaikan foreplay ketika berasmara.

Salah satu kelebihan foreplay ialah permainan pemanasan yang betul boleh buat faraj isteri basah dan bersedia sepenuhnya untuk menerima zakar suami.

Walaupun faraj isteri basah atau tidak bukan faktor yang menentukan isteri mudah hamil, faktor ini membantu isteri mudah klimaks atau orgasma. Orgasma isteri adalah salah satu faktor yang membantu mudah hamil – saya akan jelaskan selepas ini.

Jadi, pastikan anda berdua memanjangkan sesi foreplay ketika bersetubuh. Jika anda buntu atau tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan idea foreplay yang berkesan – anda boleh dapatkan Panduan 50 Teknik Foreplay. Panduan ini diberi sebagai bonus percuma dengan Pakej Ilmu Asmara Mutlak yang anda boleh dapatkan di laman web ini.

3. Pilih Posisi Jimak Yang Sesuai

Posisi jimak sangat membantu untuk cepat hamil. Malah boleh dikatakan ini adalah antara faktor terpenting sebagai cara cepat hamil ketika bersetubuh.

Posisi-posisi seperti posisi Missionary atau sebarang posisi di mana suami berada di atas isteri adalah antara asas posisi jimak cepat hamil.

Saya tidak ingin menulis lebih lanjut tentang posisi jimak mudah hamil pada panduan kali ini kerana ilmu ini telah saya sentuh dengan panjang lebar pada panduan yang lepas.

Anda boleh baca lebih lanjut pada panduan Posisi Jimak Cepat Hamil.

4. Buat Isteri Orgasma & Klimaks

Ramai pasangan ketika bersetubuh untuk hamil hanya mementingkan pancutan suami. Tetapi sebenarnya orgasma isteri sama pentingnya jika anda berdua mencari cara mudah hamil ketika bersetubuh.

Kenapa perlu buat isteri orgasma sebagai salah satu cara cepat hamil ketika bersetubuh? Kajian menunjukkan ketika isteri orgasma, rahim akan menguncup seterusnya membantu sperma suami melekat di dinding rahim.

Orgasma isteri juga akan buat isteri lebih tenang. Ini juga salah satu faktor psikologi yang mempengaruhi proses pematangan sel telur wanita.

5. Baring Seketika Selepas Bersetubuh

Selepas selesai bersetubuh, jangan terus bangun. Baring seketika antara 15-30 minit supaya sperma dapat bergerak dengan selesa ke dalam rahim.

Masa bersama ini juga boleh digunakan untuk bergurau senda antara suami isteri, sekali gus meningkatkan keintiman dan kemesraan anda berdua.

Perkara ini telah disentuh dengan terperinci dalam panduan E-Buku Kamasutra Bergambar, di dalam bahagian apa yang perlu dilakukan selepas berasmara. Wajib baca jika anda berdua serius nak tingkatkan kemesraan suami isteri ke tahap yang lebih tinggi.

Usaha Tangga Kejayaan

Semoga panduan cara cepat hamil ketika bersetubuh yang saya berikan ini dapat membantu anda berdua untuk meningkatkan peluang hamil. Apa yang penting ialah mencuba. Jangan setakat baca sahaja. Ilmu tanpa amal adalah rugi. Semoga berjaya.

share-nodes
Kongsi: