Cara Bersetubuh Terbaik Menurut Kamasutra – Panduan Buat Suami Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Ilmu cara bersetubuh terbaik adalah ilmu yang dicari-cari oleh setiap pasangan suami isteri. Siapa yang tak mahu pengalaman bersetubuh yang penuh nikmat.

Tambahan lagi pengalaman bersetubuh yang dilalui boleh merapatkan perasaan cinta antara suami dan isteri.

Cara bersetubuh terbaik

Tak banyak informasi tentang cara bersetubuh dengan ‘detail’ di dalam Bahasa Melayu. Kalau ada pun, tidak khusus dan dibahagikan kepada beberapa tip atau artikel berasingan.

Sebenarnya ramai yang keliru antara konteks cara bersetubuh terbaik dan posisi bersetubuh terbaik. Bagi kebanyakan pasangan, cara bersetubuh terbaik hanyalah posisi bersetubuh yang perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri di ranjang.

Ramai juga yang mencari video cara bersetubuh, atau video porno untuk dijadikan rujukan sebagai teknik bersetubuh. Akibatnya masing-masing menjadi seperti pelakon filem porno ketika bersetubuh, hasilnya mengecewakan.

Sebenarnya, cara atau teknik bersetubuh merangkumi banyak perkara dan bukan hanya boleh dilihat dari aspek posisi bersetubuh sahaja.

Cara Bersetubuh vs. Posisi bersetubuh

Seperti yang saya katakan, ramai yang keliru atau tak tahu cara bersetubuh terbaik lebih luas dari hanya ilmu posisi bertubuh atau posisi jimak.

Ilmu bersetubuh sebenar terdiri daripada situasi sebelum pasangan berjimak, sehinggalah kepada pengakhiran kepada aktiviti bersetubuh. Click To Tweet

Kebanyakan pasangan tidak mengambil berat ilmu bersetubuh sebenar kerana di fikiran mereka yang penting hanyalah posisi jimak yang dilakukan ketika berasmara.

Mereka menjadikan gambar posisi jimak atau gambar posisi bersetubuh yang terdapat Internet sebagai sumber rujukan.

Fikiran yang sempit ini sering mengakibatkan pasangan tidak pernah mencapai kepuasan sebenar dalam hubungan seks suami isteri.

Cara Bersetubuh Terbaik Menurut Ajaran Kamasutra

Kamasutra telah memberikan ilmu bersetubuh yang lengkap untuk pasangan suami isteri. Boleh dikatakan ini adalah cara bersetubuh terbaik yang boleh anda pelajari dan amalkan untuk meningkatkan nikmat hubungan suami isteri di ranjang.

Ilmu bersetubuh yang diberikan oleh Kamasutra bukan hanya tertumpu kepada posisi bersetubuh, tetapi lengkap dari A-Z bagaimana untuk buat pengalaman bersetubuh lebih asyik.

Ilmu bersetubuh Kamasutra telah terbukti buat pasangan mencapai nikmat sebenar ketika berasmara.

Yang paling penting ilmu bersetubuh yang diajar oleh Kamasutra bukan ilmu lucah dan tidak menganjurkan pasangan untuk melakukan teknik-teknik yang dilarang oleh Agama.

Berikut saya berikan cara bersetubuh terbaik menurut ajaran Kamasutra.

Merapikan Diri Untuk Bersetubuh

Perapian diri sebelum bersetubuh amat dititik beratkan dalam ajaran Kamasutra. Kamasutra menganjurkan pasangan untuk merapikan dan menyediakan diri mereka sepenuhnya sebelum bersetubuh.

Antara teknik merapikan diri yang disyorkan oleh Kamasutra ialah mandi, mencukur bulu kemaluan, mengenakan wangian, dan memakai pakaian yang boleh menggoda pasangan.

Kamasutra menggalakkan pasangan suami isteri untuk mandi bersama sebelum bersetubuh. Ini bukan sahaja dapat menimbulkan perasaan seronok antara pasangan, tetapi juga berfungsi sebagai foreplay ringkas sebelum bersetubuh.

Begitu juga ketika mencukur bulu kemaluan. Anda boleh meminta pasangan untuk mencukur bulu kemaluan anda, dan sebaliknya. Perlakuan ini akan mewujudkan keintiman antara anda berdua.

Kenakan wangian yang tidak terlalu kuat, tetapi dapat menaikkan nafsu pasangan. Lebih baik lagi jika wangian yang anda kenakan adalah wangian kegemaran pasangan anda.

Wangian yang terlalu kuat baunya boleh menghilangkan bau badan anda. Bau badan anda adalah salah satu daya penarik yang boleh meningkatkan nafsu pasangan ketika berasmara.

Merapikan diri sebelum bersetubuh adalah salah satu cara bersetubuh yang amat penting. Jangan abaikan bahagian ini.

Memilih Lokasi Bersetubuh Yang Sesuai

Lokasi ketika bersetubuh memainkan peranan yang amat besar dalam pengalaman bersetubuh. Lokasi bersetubuh yang kemas dengan suasana yang nyaman secara tidak langsung akan buat pengalaman bersetubuh lebih sensual dan asyik.

Lokasi bersetubuh
Contoh penyediaan kamar tidur yang simple tapi sensual

Kamasutra memberi panduan kepada pasangan bagaimana untuk menyediakan lokasi bersetubuh yang sesuai. Antara panduan yang diberikan oleh Kamasutra ialah memastikan kamar tidur sentiasa kemas dan tersusun.

Elakkan dari lokasi bersetubuh yang berserabut dan tidak tersusun. Lokasi yang tidak kemas dan teratur boleh memberikan suasana tegang dan menurunkan nafsu untuk berasmara.

Kamasutra juga menitik beratkan penggunaan haruman dan wangian pada lokasi bersetubuh. Wangian aroma terapi amat disyorkan oleh Kamasutra, seperti minyak atau lilin aroma terapi, dan juga wangian asli seperti potpourri yang boleh menimbulkan suasana romantis pada lokasi berasmara.

Begitu juga pencahayaan pada lokasi bersetubuh. Kamasutra mengesyorkan penataan cahaya yang lembut untuk menimbulkan suasana sensual.

Pada masa dahulu, pasangan yang mengikuti ajaran Kamasutra menggunakan lilin aroma terapi untuk pencahayaan dan juga haruman.

Pada masa sekarang terdapat teknologi yang boleh buat lampu menjadi malam, dan juga lampu-lampu yang menimbulkan suasana tenang.

Penataan cahaya yang sesuai untuk lokasi bersetubuh akan menimbulkan suasana yang sensual dan romantik, sesuai untuk memberi pengalaman cara bersetubuh terbaik.

Melakukan foreplay dengan betul

Teknik foreplay yang betul adalah salah satu elemen terpenting ketika bersetubuh. Ramai pasangan yang mengabaikan kepentingan bahagian ini kerana tidak sabar-sabar untuk menggomol pasangan.

Selain buat pasangan bersedia sepenuhnya untuk bersetubuh, permainan foreplay yang betul juga boleh buat pasangan mudah puas dan klimaks sepenuhnya dalam hubungan seks.

Kamasutra memberikan beberapa tip dan teknik foreplay yang sesuai ketika bersetubuh. Teknik-teknik ini jika diamalkan dengan betul boleh memberikan pengalaman baru dalam hubungan asmara anda berdua.

Sentuhan & Belaian

Teknik sentuhan, pelukan dan membelai adalah salah teknik yang diutamakan dalam ajaran Kamasutra. Kamasutra meletakkan teknik ini sebagai salah satu teknik yang amat penting dalam proses bersetubuh.

Kamasutra memberikan beberapa teknik pelukan yang unik dan hebat seperti Pelukan Menekan, Pelukan Menikam, Pelukan Cantuman Akar dan sebagainya.

Teknik-teknik sentuhan dan pelukan ini boleh memberikan kelainan kepada pengalaman berasmara jika diamalkan dengan betul.

Ciuman

Teknik ciuman ketika bersetubuh yang diajarkan oleh Kamasutra adalah sangat berbeza dengan teknik-teknik ciuman moden yang diajarkan pada masa sekarang.

Teknik ciuman Kamasutra adalah secara berperingkat, dan bukan ciuman dengan sekali gus. Kamasutra juga menghadkan bahagian tubuh yang boleh dicium. Dalam erti kata lain, tidak semua bahagian pada tubuh pasangan sesuai untuk dicium.

Syarat-syarat ini memastikan pasangan akan berasa ghairah dan teruja ketika dicium, dan mengelakkan perasaan jijik dan tidak selesa ketika bercium.

Cakaran & Gigitan

Teknik cakaran dan gigitan adalah teknik yang jarang diamalkan oleh pasangan ketika bersetubuh. Tak ramai yang tahu pun teknik ini wujud dan boleh diamalkan ketika berasmara.

Kamasutra memberikan teknik-teknik cakaran dan gigitan yang hebat yang boleh diamalkan oleh pasangan. Tujuan utama teknik-teknik ini ialah untuk memberi nikmat baru kepada pasangan.

Pada zaman dahulu, teknik-teknik ini juga digunakan sebagai bukti bahawa pasangan tersebut sedang hangat bercinta dan telah melalui hubungan asmara yang hebat.

Memilih Posisi Bersetubuh Yang Sesuai

Oleh kerana ramai pasangan yang mengenali Kamasutra dengan posisi bersetubuh yang unik dan hebat, sudah pasti Kamasutra memberikan posisi bersetubuh terbaik untuk diamalkan pasangan.

Malah boleh dikatakan kebanyakan posisi bersetubuh yang terdapat pada masa sekarang diambil atau diilhamkan daripada posisi bersetubuh Kamasutra.

Teknik menggunakan posisi bersetubuh yang diajarkan oleh Kamasutra ketika berasmara adalah dengan memilih posisi yang sesuai, secara berperingkat.

Kamasutra menganjurkan pasangan memulakan jimak dengan posisi yang romantik dan perlahan. Ini untuk membina ghairah dan buat pasangan menjadi intim ketika bersama.

Teruskan pula dengan posisi bersetubuh pertengahan, iaitu tidak terlalu perlahan dan tidak pula terlalu rakus.

Pada tahap ini, ghairah telah terbina dan pasangan perlu fokus kepada teknik dan rangsangan yang diberikan oleh posisi bersetubuh pada tahap ini.

Apabila sudah tiba kemuncak, akhiri dengan posisi rakus dan pantas. Ini akan buat anda dan pasangan klimaks bersama.

Kamasutra telah memberikan posisi-posisi seks yang sesuai untuk peringkat-peringkat bersetubuh ini.

Posisi-posisi yang sesuai ini bukan sahaja boleh memberi pengalaman baru dan kelainan dalam pengalaman bersetubuh anda berdua, tetapi juga dapat memberi nikmat mutlak ketika bersetubuh.

Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersetubuh

Ramai pasangan yang mengabaikan pasangan mereka selepas selesai bersetubuh. Mewujudkan penamat yang indah juga adalah salah satu cabang ilmu bersetubuh yang perlu anda pelajari.

Kamasutra mengesyorkan anda teruskan melayan pasangan mereka walaupun setelah selesai bersetubuh. Peluk dan belai pasangan anda dan berterima kasih kepada beliau kerana telah memberikan satu pengalaman yang indah kepada anda.

Ambil juga kesempatan ini untuk membisikkan kata-kata cinta dan meluahkan kasih sayang anda kepada pasangan. Tunjukkan bahawa anda menghargai pasangan anda, walaupun anda telah puas ketika bersetubuh.

Ilmu Bersetubuh Kamasutra Yang Lengkap

Teknik-teknik bersetubuh Kamasutra yang saya berikan di atas adalah sebagai ringkasan daripada ilmu bersetubuh Kamasutra yang lengkap.

Ilmu bersetubuh Kamasutra adalah terlalui “detail” dan tidak praktikal untuk saya tulis kesemuanya dalam artikel ini.

Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu lengkap cara bersetubuh Kamasutra, anda perlu dapatkan Panduan E-buku Kamasutra Bergambar.

Panduan ini mengandungi ajaran lengkap Kamasutra, dan juga ilmu bersetubuh dari 3 Kitab tambahan sehebat Kamasutra.

Boleh dikatakan cantuman ilmu bersetubuh dari 4 Kitab Asmara ini adalah ilmu terbaik yang boleh anda pelajari untuk buat mengalami pengalaman bersetubuh terbaik yang belum pernah anda alami sebelum ini.

Jika anda benar-benar serius untuk mempelajari ilmu Kamasutra, dapatkan segera panduan Kamasutra Bergambar. Berikan pengalaman dan nikmat baru dalam hubungan asmara anda berdua.

share-nodes
Kongsi: