Cara Berjimak Mengikut Petua Orang Lama – Rujukan Terbaik Suami Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak belajar cara berjimak terbaik mengikut petua orang lama? Pada masa sekarang terdapat banyak petua dan ilmu berjimak yang disebarkan secara online melalui laman-laman web. Ilmu-ilmu dan petua jimak ini telah membantu ramai pasangan suami isteri meningkatkan nikmat berasmara di ranjang.

Jika anda kaji dan renungkan, boleh dikatakan kesemua ilmu dan petua berjimak atau hubungan seks ini hampir sama, sama ada dari media barat mahupun yang lebih dengan kita.
Ini tidak menghairankan kerana semua ilmu hubungan suami isteri ini diambil daripada sumber yang sama, iaitu ilmu dari kitab-kitab peninggalan orang lama.

Bagi masyarakat melayu, salah satu kitab yang memberi ilmu dan petua berjimak yang terkenal ialah Kitab Tajul Muluk.

Cara berjimak mengikut petua orang lama

Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk adalah sebuah kitab terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Kitab ini dikatakan adalah panduan lengkap kehidupan mengikut ilmu Tajul Muluk. Ilmu Tajul adalah ilmu yang merangkumi setiap kehidupan manusia.

Jika anda pernah membaca Kitab Tajul Muluk yang lengkap, anda mungkin menggaru kepala kerana betapa mengarutnya kitab ini dalam memberikan tip dan petua berkaitan kehidupan. Malah tidak menghairankan kerana JAKIM telah mengharamkan kitab ini pada tahun 2007.

Antara fatwa yang dikeluarkan JAKIM:

Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah..

Saya tidak ingin menyentuh ilmu kehidupan harian yang ditulis di dalam Kitab Tajul Muluk. Kalau JAKIM sendiri dah haramkan, sudah tentu tidak perlu kita ambil tahu tentang perkara tersebut.

Yang menarik perhatian saya ialah ilmu berjimak yang diberikan oleh kitab tersebut. Ilmu dan petua berjimak atau petua hubungan seks yang diberikan oleh kitab tersebut sangat lengkap.

Yang penting, ilmu berjimak yang diberikan oleh kitab ini tidak ada amalan pelik-pelik yang boleh menjurus kepada perlakuan songsang atau sumbang. Hanya ilmu hubungan kelamin suami isteri yang tidak menyalahi mana-mana Agama di dunia ini.

Daripada manakah Kitab Tajul Muluk memperolehi ilmu berjimak yang sangat lengkap ini?

Sebenarnya kitab itu sendiri menyatakan sumber ilmu-ilmu berjimak tersebut melalui sumber rujukan yang dipaparkan. Dinyatakan ilmu-ilmu tersebut diambil dari 4 kitab asmara yang lebih lama wujud sebelum Kitab Tajul Muluk diterbitkan.

4 Kitab Asmara Purba

Empat kitab asmara purba yang dimaksudkan oleh Kitab Tajul Muluk ialah Kitab Kamasutra, Kitab Ananga Ranga, Kitab Taman Harum dan Kitab Seks Tao.

Anda mungkin pernah mendengar tentang Kitab Kamasutra, tetapi saya pasti ramai yang tidak mendengar kitab yang selebihnya.

Kitab Kamasutra dan Ananga Ranga berasal dari India, Kitab Taman Harum pula berasal dari Timur Tengah, manakala Kitab Tao berasal dari negara Cina. Click To Tweet

Tidak seperti Kitab Tajul Muluk yang cuba memberi ilmu tentang segenap kehidupan manusia, keempat-empat kitab purba ini lebih fokus kepada ilmu kebahagiaan suami isteri.

Ramai yang keliru kerana ilmu seperti ilmu Kamasutra terkenal dengan posisi seks yang unik. Malah boleh dikatakan posisi-posisi seks moden pada masa sekarang semuanya diambil daripada posisi seks Kamasutra.

Tetapi sebenarnya Kamasutra adalah sebuah kitab yang memberikan ilmu lengkap untuk kehidupan rumahtangga.

Tiada Unsur Mistik atau Tahayul

Jangan risau, tiada unsur-unsur mistik atau tahayul langsung di dalam kitab-kitab ini yang boleh menyesatkan.

Hanya panduan dan nasihat praktikal yang logik dan boleh diamalkan suami isteri untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga.

Boleh dikatakan ilmu hubungan suami isteri yang terdapat di dalam keempat-empat kitab purba ini adalah ilmu yang lengkap. Jika tidak sudah pasti ilmu-ilmu ini tidak dijadikan rujukan oleh masyarakat moden sehingga ke hari ini.

Cara Berjimak dari 4 Kitab Asmara Purba

Keempat-empat kitab asmara purba ini memberikan cara berjimak terbaik kepada pasangan suami isteri.

Selain posisi-posisi jimak yang terbukti boleh memberi nikmat sebenar ketika berasmara, terdapat juga ilmu jimak unik yang jarang didedahkan pada zaman moden ini.

Teknik-teknik unik seperti teknik menggoda pasangan dalam kehidupan seharian suami isteri adalah antara teknik hebat yang jarang diketahui umum.

Ilmu menggoda ini boleh dikatakan sebagai persediaan untuk bersama di ranjang pada malam hari. Teknik ini dicipta untuk meningkatkan ghairah pasangan sebelum berjimak.

Begitu juga teknik-teknik foreplay atau pemanasan yang jarang diketahui pasangan suami isteri. Ilmu foreplay seperti cakaran dan gigitan jarang dipraktikkan oleh pasangan suami isteri ketika berasmara.

Sedangkan teknik-teknik ini begitu hebat dan boleh buat pasangan benar-benar bernafsu ketika bersama.

Teknik-teknik pernafasan dan tusukan zakar oleh ilmu Tao juga sangat hebat dan berkesan untuk mengalami nikmat terbaik di ranjang. Teknik ini sangat membantu zakar benar-benar keras dan melambatkan pancutan.

Banyak lagi cara berjimak lainnya yang tidak diketahui umum, yang diberikan oleh kitab-kitab purba ini.

Posisi Jimak Terbaik dari 4 Kitab Purba

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kitab purba seperti Kamasutra terkenal dengan posisi-posisi jimak yang unik dan berkesan.

Kitab purba yang lain juga tidak kurang hebatnya.

Jika posisi-posisi jimak di dalam Kamasutra lebih ‘daring’ dan ‘adventurous’ , posisi-posisi jimak di dalam kitab Ananga Ranga lebih sensual dan romantik.

Ini sesuai dengan tujuan Ananga Ranga diterbitkan, iaitu untuk mengikat hubungan suami isteri sekukuh yang mungkin, lantas mengelakkan perceraian dalam rumahtangga.

Posisi-posisi jimak di dalam kitab Taman Harum pula boleh dikatakan lebih sopan dan lemah lembut.

Salah satu teknik yang terkenal di dalam ilmu Taman Harum ialah posisi jimak berturutan yang dicipta untuk dilakukan secara berturutan untuk nikmat mutlak.

Ilmu Tao pula lebih kepada bagaimana hubungan seks dapat mengekalkan dan menjaga kesihatan suami isteri.

Posisi-posisi jimak di dalam kitab ini dicipta supaya suami isteri bukan sahaja boleh memperolehi nikmat sebenar, tetapi dalam masa yang sama dapat menjaga kesihatan bersama.

Unik sekali cara berjimak yang diajarkan oleh keempat-empat kitab asmara purba ini.

Belajar Cara Berjimak Terbaik

Anda mungkin kecewa kerana saya tidak memberikan ilmu-ilmu ini pada artikel ini. Sebenarnya terlalu panjang untuk saya tulis semua ilmu-ilmu ini melalui artikel pada blog ini.

Teknik cakaran dan gigitan sahaja pun sudah lebih dari 5 muka surat.

Begitu terperincinya ilmu-ilmu ini yang dicipta dengan niat utama untuk membantu pasangan suami isteri.

Oleh itu saya telah membukukan ilmu-ilmu dari keempat-empat kitab asmara purba ini ke dalam satu panduan E-buku yang lengkap, iaitu E-Buku Kamasutra Bergambar.

Kandungan sebegini tidak boleh diterbitkan dalam bentuk bercetak kerana dianggap panduan dewasa dan tidak sesuai dijual kepada umum. Oleh itu ilmu-ilmu ini hanya boleh didapati dalam bentuk informasi online, atau dalam bentuk E-Buku (Ebook).

Jika anda ingin meningkatkan nikmat hubungan suami isteri di ranjang, atau menyelesaikan masalah-masalah hubungan seks suami isteri yang membelenggu anda selama ini, saya syorkan supaya anda dapatkan panduan E-Buku Kamasutra Bergambar.

Panduan ini adalah satu-satunya ilmu asmara yang anda perlukan untuk menyempurnakan hubungan asmara anda berdua.

Ilmu-ilmu ini adalah teras atau asas yang dijadikan panduan masyarakat moden sehingga ke hari ini, sudah pasti ianya adalah ilmu lengkap dan tak akan lapuk sepanjang zaman.

Tidak rugi anda mendapatkan ilmu-ilmu ini. Pelaburan untuk ilmu yang boleh memberikan kebahagiaan tidak pernah merugikan.

share-nodes
Kongsi: