5 Posisi Seks Paling Bahaya di Dunia – Antara Punca Kemalangan Seks

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 14 Jan 2024
clock-one

Ada ke posisi seks paling bahaya? Pertama sekali, kemalangan ketika seks adalah jarang sekali berlaku. Tetapi, ini tidak bermakna tidak pernah berlaku kemalangan dalam hubungan seks. Menurut Dr. Debby Herbenick, PhD, iaitu seorang Saintis di Universiti Indiana, jika berlaku kemalangan yang melibatkan seks, ianya pasti melibatkan lokasi seks, bukan teknik seks.

Posisi seks paling bahaya
Banyak kemalangan yang berlaku ketika hubungan seks adalah kerana memilih lokasi yang salah. Click To Tweet

Selalunya pasangan yang mengalami kemalangan ketika bersetubuh melakukan hubungan seks di tempat yang tak sepatutnya. Contohnya meja pejabat, atau terdapat juga kes kemalangan seks yang berlaku di tandas kapal terbang.

Lokasi-lokasi ini kurang sesuai untuk menjalani hubungan seks. Lebih ganjil lokasi seks anda, lebih rumit posisi seks yang perlu anda berdua lakukan untuk mendapat kepuasan.

Walau bagaimanapun, terdapat empat posisi seks yang cenderung menyebabkan anda mengalami kemalangan ketika bersetubuh.

5 Posisi Seks Paling Bahaya di Dunia

Dari sakit belakang, sehinggalah kes ‘Penile Fracture’, iaitu zakar patah, ini adalah lima posisi seks paling bahaya yang perlu anda elakkan.

Posisi Seks Atas Meja

Posisi seks paling bahaya 1

Posisi seks yang melibatkan meja ini selalunya dilakukan untuk seks pantas. Isteri duduk di atas meja, dan suami berdiri dan memasuki isteri.

Seringkali posisi ini digunakan untuk seks spontan, di mana kedua-dua pasangan tidak bersedia sepenuhnya untuk seks, tetapi ingin bersetubuh.

Kemalangan yang selalu berlaku pada posisi ini adalah zakar menujah tempat yang salah. Apabila isteri mengalami kekejangan otot, atau suami hilang tumpuan, zakar boleh terkeluar dari faraj dan menghentam meja.

Oleh itu jika anda ingin melakukan posisi ini, pastikan anda berhati-hati dan beri tumpuan sepenuhnya.

Posisi Seks Cowgirl (Variasi)

Posisi seks paling bahaya 2

Posisi seks cowgirl itu sendiri tidak berbahaya. Apa yang buat posisi seks ini merbahaya ialah apabila isteri mengubah posisi badan ke belakang.

Seharusnya posisi ini dilakukan dengan badan isteri condong ke depan, dan bukan ke belakang.

Apabila isteri menggerakkan badan beliau ke belakang, secara tak langsung faraj akan meregang zakar. Di tambah pula dengan gerakan pinggul isteri, zakar boleh patah.

Jika suami berasa seperti zakar beliau ditarik dengan kuat, atau terdengar bunyi kecil seperti patah pada pangkal zakar, cepat-cepat tarik badan isteri ke depan.

Posisi seks cowgirl adalah posisi seks yang nikmat, tetapi pastikan badan isteri condong ke depan, dan bukan ke belakang.

Posisi Seks Missionary Berdiri

Posisi seks paling bahaya 4

Variasi posisi seks berdiri tidak merbahaya, tetapi posisi seks missionary versi berdiri ini mempunyai risiko kemalangan yang tinggi, dan dianggap sebagai posisi seks paling bahaya.

Pada posisi ini, suami menyokong penuh berat badan isteri, bukan hanya dengan tangan, tetapi juga dengan zakar.

Suami juga perlu membengkokkan lutut, dan ini memberi beban lebih kepada lutut suami.

Terdapat juga kes di mana suami terlepas isteri, dan isteri jatuh ke lantai. Dari nikmat, terus sakit.

Walaupun posisi ini penuh nikmat, anda lebih baik melakukan posisi seks Missionary biasa. Klik di sini kalau nak tahu teknik sebenar melakukan posisi seks Missionary.

Posisi Seks Kereta Sorong

Posisi seks paling bahaya 3

Posisi ini yang juga dikenali sebagai “standing wheelbarrow” adalah posisi seks berdiri yang ‘advance’.

Isteri merangkak di atas lantai, kemudian suami mengangkat kaki isteri dan isteri memeluk pinggang suami dengan kaki.

Sekali pandang sudah pasti anda tahu kenapa posisi ini adalah salah satu posisi seks paling bahaya. Silap langkah, isteri boleh terhempas ke lantai dan mengalami kecederaan serius.

Posisi Seks 69

Posisi seks paling bahaya 5

Ya, posisi seks 69 juga boleh dikategorikan sebagai salah satu posisi seks paling bahaya.

Kemalangan pada posisi ini boleh berlaku apabila isteri mengalami klimaks dan orgasma yang di luar kawalan beliau. Terdapat kes di mana wanita tersebut hilang kawalan diri semasa orgasma dan tergigit zakar pasangan.

Tetapi jangan risau. Kes ini begitu terpencil hinggakan hanya beberapa pasangan sahaja yang mengalami kemalangan ini.

Jika suami merasakan isteri beliau hampir orgasma, lebih baik anda menarik zakar keluar dari mulut isteri dan teruskan merangsang faraj beliau sehingga beliau klimaks.

Belajar bagaimana melakukan teknik yang betul untuk posisi seks 69.

share-nodes
Kongsi: