5 Posisi Bersetubuh yang Wanita Suka – Suami Sila Ambil Perhatian

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Cita rasa wanita ketika bersetubuh adalah sangat berbeza dengan lelaki. Dari segi foreplay, sehinggalah kepada memilih posisi seks.

Wanita juga menganggap pengalaman hubungan seks tersebut adalah lebih penting daripada orgasma. Ini berbeza dengan lelaki yang tujuan utama mereka ketika bersetubuh adalah untuk orgasma dan klimaks.

Faktor ini menyebabkan wanita lebih gemar memilih posisi seks yang santai dan lebih rehat, jika dibandingkan lelaki.

Jadi, apakah posisi bersetubuh yang wanita suka?

Posisi bersetubuh yang wanita suka
Wanita suka posisi bersetubuh yang santai, intim dan romantik Click To Tweet

5 Posisi Jimak Yang Paling Disukai Wanita

Kepada para suami, berikut ialah posisi seks yang digemari wanita. Walaupun tidak semua menggemari posisi-posisi jimak ini, boleh dikatakan hampir majoriti wanita memilih posisi-posisi bersetubuh ini sebagai posisi seks kegemaran mereka.

Posisi Seks Missionary

Posisi bersetubuh yang ini memang menjadi posisi seks yang wanita suka – sejak dulu lagi. Posisi ini sangat santai dan buat wanita berehat tanpa perlu bekerja keras.

Kebanyakan wanita juga menggemari posisi seks ini kerana posisi ini lebih romantik berbanding posisi seks yang lain.

Posisi seks missionary juga buat wanita berasa lebih intim dengan pasangan mereka. Para suami perlu menggunakan keintiman yang wujud pada posisi ini untuk menggoda dan merangsang isteri supaya lebih bernafsu ketika bersetubuh.

Baca lebih lanjut tentang posisi seks missionary

Posisi Seks Missionary (Kaki di bahu)

Variasi posisi missionary ini adalah lanjutan daripada posisi seks missionary. Walaupun posisi jimak ini kelihatan sukar untuk dilakukan, sebenarnya posisi sangat mudah dan tidak sukar seperti yang disangkakan.

Posisi bersetubuh yang wanita suka ini juga sangat santai – seperti juga posisi seks missionary asal.

Ramai wanita menggemari posisi seks ini kerana posisi ini lebih nikmat berbanding posisi seks missionary asal.

Posisi Seks Doggy

Jika wanita tersebut seorang yang “adventure” atau berasa seksi dengan punggung mereka, posisi seks doggy boleh menjadi salah satu posisi seks kegemaran mereka.

Posisi jimak doggy juga adalah salah satu posisi seks kegemaran lelaki. Jadi boleh dikatakan posisi seks ini adalah posisi seks kegemaran bersama.

Posisi seks ini boleh buat wanita berasa seksi dan sedikit nakal.

Baca lebih lanjut tentang posisi seks doggy

Posisi Seks Doggy (flattened)

Lanjutan daripada posisi seks doggy – pada posisi bersetubuh ini wanita merebahkan badan mereka dan mengubah sudut punggung.

Posisi seks ini dilakukan selepas posisi doggy sekiranya isteri berasa letih, atau ingin nikmat yang berbeza berbanding nikmat yang dirasakan ketika posisi seks doggy.

Oleh kerana posisi ini lebih santai berbanding posisi doggy, wanita tidak perlu bekerja keras. Mungkin faktor ini juga yang buat posisi ini sebagai posisi bersetubuh yang wanita suka.

Posisi Seks Wanita di Atas

Posisi seks “woman on top” dan variasinya boleh dikatakan adalah posisi kegemaran semua wanita. Tetapi ada juga wanita yang tidak menggemari posisi ini kerana mereka perlu bekerja keras berbanding pasangan.

Walaubagaimanapun, posisi ini sangat sesuai sekiranya mereka berasa liar dan nakal.

Posisi seks wanita di atas dan variasinya juga buat wanita berasa seksi dan berasa “in control”. Perasaan mengawal keadaan yang timbul dari posisi ini buat mereka lebih yakin dan lebih memberi perhatian ketika bersetubuh.

Cari Posisi Seks Kegemaran Isteri Anda

Posisi-posisi bersetubuh yang wanita suka yang diberikan dalam artikel ini sebenarnya hanya sedikit sahaja posisi seks yang boleh anda lakukan bersama isteri.

Terdapat pelbagai lagi posisi seks yang boleh anda pelajari. Jika anda masih tak tahu, posisi seks yang berbeza akan memberi nikmat yang berlainan ketika bersetubuh.

Malah anda mungkin merasakan nikmat yang belum pernah anda berdua rasai ketika berasmara – hanya dengan mencuba posisi seks yang baru.

Jadi jangan takut-takut untuk mencuba posisi seks baru ketika bersetubuh. Jika anda tak tahu kat mana nak dapatkan contoh posisi seks yang hebat, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini mengandungi 102 posisi seks terbaik yang dihimpunkan dari 4 kitab asmara silam.

share-nodes
Kongsi: