5 Posisi Bersetubuh Malam Pertama Yang Sesuai Untuk Pengantin Baru

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Malam pertama adalah malam yang paling bermakna untuk pengantin baru. Inilah malam yang akan menyatukan tubuh anda berdua dengan cinta dan nafsu, kedua-duanya sama penting.

Oleh itu, memilih posisi bersetubuh untuk mengharungi malam pertama juga sama pentingnya. Terutama sekali jika ini adalah pengalaman pertama bersetubuh anda berdua.

Pengalaman menonton video lucah tak diambil kira ya!

Posisi bersetubuh malam pertama
Pilih posisi bersetubuh yang sesuai untuk mengharungi malam pertama anda berdua. Jangan jadikan pengalaman malam pertama hambar dan mengecewakan! Click To Tweet

5 Posisi Bersetubuh Malam Pertama

Apabila ingin memilih posisi seks yang sesuai untuk malam pertama, anda berdua perlu pilih posisi yang ringkas tetapi nikmat. Elakkan memilih posisi yang kompleks atau memerlukan anda berdua berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Jangan sesekali terpengaruh dengan aksi pelakon yang anda tonton di video porno.

Di sini saya beri 5 posisi bersetubuh malam pertama yang sangat sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga.

Posisi Missionary

Posisi missionary

Posisi missionary adalah posisi klasik, tradisional dan sangat sesuai digunakan sebagai posisi pertama anda. Posisi ini sangat fleksibel dan serba boleh. Anda boleh mencari posisi yang paling sesuai dengan bentuk tubuh fizikal anda berdua untuk nikmat maksimum. Anda juga boleh berbicara dan mengucapkan kata-kata cinta ketika melakukan posisi ini.

Posisi Berdepan

Posisi berdepan

Posisi ini juga boleh digunakan sekiranya anda memulakan foreplay dengan ciuman dalam keadaan duduk. Posisi ini sangat sesuai untuk pasangan yang romantik. Posisi berdepan ini tidak memerlukan banyak tenaga dan boleh dilakukan dalam keadaan perlahan dan tenang. Anda berdua juga bebas menggerakkan tangan untuk meneroka tubuh pasangan.

Posisi Spoon

Posisi spoon

Sekiranya pasangan anda malu-malu untuk menghadap muka anda, cuba mulakan dengan posisi seks spoon. Posisi ini sesuai dan boleh dimulakan dengan perlahan, tidak perlu tergesa-gesa. Si suami boleh membisikkan kata-kata cinta kepada telinga isteri semasa melakukan posisi ini. Si isteri pula boleh memegang tangan suami dan menggerakkan punggung selari dengan tujahan suami. Antara kelebihan utama posisi spoon ialah anda boleh melakukan posisi ini dalam jangka masa yang panjang kerana posisi ini tidak memenatkan anda berdua.

Posisi Flat

Posisi flat

Selepas melakukan posisi spoon, pasangan masih malu-malu untuk berdepan – teruskan dengan posisi flat. Si isteri meniarap dan mengangkat sedikit punggung beliau, lalu si suami memasuki isteri dari belakang. Sekiranya suami ingin menujah lebih dalam, minta isteri angkat punggung lebih tinggi dan gerakkan punggung untuk memberi lebih nikmat kepada suami. Isteri juga bebas untuk menggosok biji kelentit beliau pada posisi ini.

Posisi Cowgirl

Posisi cowgirl

Posisi ini sesuai sekiranya si isteri lebih ‘daring’ dan ingin menguasai keadaan. Suami berbaring dan membengkokkan sedikit kaki. Isteri memasuki suami dari atas dan boleh memilih kedalaman tujahan yang diingini. Isteri juga boleh menggerakkan punggung ke depan dan ke belakang, atau menggerakkan punggung dalam arah putaran jam untuk beri nikmat yang berbeza kepada suami. Posisi yang sangat nikmat jika dilakukan dengan betul.

share-nodes
Kongsi: