Seks di Bilik Mandi – 5 Posisi Seks Ketika Mandi Yang Perlu Anda Cuba

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Berapa kali anda berdua pernah bersetubuh ketika mandi? Kadang-kala hubungan suami isteri perlukan perubahan. Bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam aktiviti seks. Salah satu cara untuk memberi perubahan dan kelainan dalam hubungan seks ialah dengan mengubah lokasi aktiviti seks anda berdua.

Perubahan lokasi aktiviti seks bukan sahaja boleh memberi pengalaman baru yang anda berdua perlukan, tetapi juga menyeronokkan dan memberi nikmat yang berbeza.

Bilik mandi adalah salah satu contoh lokasi aktiviti seks yang sangat sesuai.

Posisi seks ketika mandi

Seks di Bilik Mandi Sangat Erotik

Seks di bilik mandi, atau ketika mandi sebenarnya sangat mengasyikkan. Suasana bilik mandi yang lembap, sejuk, dengan tubuh seksi pasangan yang hanya diliputi tuala, sangat sensual dan erotik.

Malah seringkali pasangan yang memilih untuk melakukan seks di bilik mandi boleh mengabaikan foreplay kerana ghairah yang terbina secara pantas ketika di bilik mandi.

Nikmat seks yang dirasai di bilik mandi juga sangat berbeza dengan nikmat yang dirasakan pada lokasi yang lain.

Anda berdua mencubanya sendiri untuk mengetahui apa yang saya maksudkan.

5 Posisi Seks Ketika Mandi Untuk Nikmat Hebat Bersama

Oleh kerana bilik mandi selalunya lembap dan licin, anda berdua perlu lebih berhati-hati ketika bersetubuh di bilik mandi.

Terdapat 5 posisi seks yang sangat sesuai dilakukan untuk aktiviti seks ketika mandi.

1. Posisi Seks Berdiri

Posisi seks berdiri adalah posisi seks terkenal yang sering dilakukan untuk seks di bilik mandi. Posisi seks ketika mandi ini mudah dilakukan tanpa perlu bersusah payah menyediakan diri untuk melakukan seks.

Gaya berasmara ini juga sangat intim dan membolehkan anda berdua melakukan ringkas sebelum bersetubuh. Anda boleh mencium, memeluk, dan membelai pasangan dengan erotik dan sensual.

Apa yang buat posisi seks ini sangat sesuai dilakukan di bilik mandi ialah dengan melakukan posisi ini di bawah pancuran mandian.

Nikmat bersetubuh dengan air yang mengalir pada tubuh anda berdua memang mengasyikkan!

2. Posisi Seks “Toilet Rider”

Selepas penat melakukan posisi seks berdiri, teruskan pula dengan posisi seks ketika mandi ini. Suami duduk di atas tandas, manakala si isteri pula duduk di atas paha suami, dan bergerak penuh ghairah.

Suami boleh memberi lebih nikmat kepada isteri dengan menggomol zon erotik pada tubuh isteri.

Isteri perlu bekerja sedikit keras pada posisi ini. Walau bagaimanapun, nikmat yang dirasakan sudah cukup untuk buat anda menghilangkan penat.

3. Posisi Seks “Doggy Sink”

Siapa cakap anda tidak boleh melakukan posisi seks doggy di bilik mandi. Posisi seks ini sangat sesuai dilakukan di bilik mandi.

Jika pada posisi seks toilet rider sebelum ini, isteri bekerja keras. Sekarang tiba pula giliran suami untuk berusaha memuaskan isteri.

Isteri meletakkan tangan pada kolah mandi, seperti posisi doggy, dan suami memasuki isteri dari belakang.

Lebih erotik lagi jika bilik mandi anda dilengkapi dengan cermin di mana anda berdua boleh melihat aktiviti seks anda.

Kajian menunjukkan seks di hadapan cermin boleh meningkatkan ghairah pasangan. Click To Tweet

4. Posisi Seks Doggy X

Selepas posisi seks doggy sink, tukar pula kepada posisi seks doggy X. Jika pada posisi sebelum ini, isteri menggunakan kolah mandi, pada posisi ini isteri menggunakan dinding sebagai sokongan.

Isteri menghadap dinding, mengangkat tangan tinggi dan letakkan pada dinding. Bengkokkan sedikit kaki dan tolak punggung ke belakang supaya faraj terdedah kepada suami.

Posisi seks ketika mandi ini sangat seksi dan menggoda. Tipulah kalau suami tidak bernafsu apabila melihat isteri berada dalam posisi ini.

5. Posisi Seks Missionary Spider

Akhiri aktiviti anda berdua dengan posisi seks ini. Posisi ini adalah variasi daripada posisi seks Missionary.

Lakukan posisi seks missionary, tetapi kali ini isteri merangkul tubuh suami dengan tangan kaki. Dalam erti kata lain, hanya bahagian belakang tubuh isteri yang menyentuh lantai.

Tak tahu apa itu posisi seks Missionary? Belajar bagaimana nak melakukan posisi seks Missionary seperti pakar.

Posisi seks ketika mandi ini sangat sesuai digunakan sebagai posisi penamat kerana suami mahupun isteri sangat mudah untuk klimaks.

Sudahi Atau Teruskan di Bilik Tidur

Anda boleh memilih untuk menamatkan aktiviti seks anda di bilik mandi, dan terus mandi bersama. Atau anda juga boleh berhenti dan teruskan berasmara di lokasi lain, seperti bilik tidur.

Jika anda memilih untuk menamatkan di bilik mandi, ambil peluang untuk bergurau senda dan mandi bersama selepas puas.

Jika anda memilih untuk meneruskan di lokasi yang lain, anda berdua boleh memilih untuk mandi ataupun tidak selepas seks.

Terpulang kepada cita rasa anda berdua!

share-nodes
Kongsi: