Posisi Seks Missionary – Posisi Seks Paling Popular Di Dunia

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Posisi seks missionary adalah posisi seks yang sering diamalkan oleh kebanyakan pasangan ketika berjimak. Boleh dikatakan posisi seks ini adalah sangat popular. Malah kajian menunjukkan posisi ini berada di tangga teratas antara sepuluh posisi seks yang diminati di dunia.

Kenapa posisi seks ini begitu digemari oleh pasangan? Adakah posisi seks missionary memberi lebih nikmat berbanding posisi seks lain atau posisi seks ini diminati kerana mudah dilakukan?

Posisi seks missionary posisi seks popular

Fakta menarik tentang posisi seks Missionary

Posisi seks ini, iaitu lelaki di atas dan wanita di bawah dinamakan sebagai posisi seks Missionary kerana posisi seks ini dikatakan adalah posisi terbaik bagi mereka yang menginginkan zuriat.

Bagi yang tak tahu, perkataan “Missionary” bermaksud mubaligh, dan sering digunakan pada mubaligh atau pendakwah Kristian. Tetapi jangan pula risau kerana ini hanya terma dan posisi seks ini tiada kaitan dengan sebarang agama di dunia.

Malah terdapat ‘ekstremis’ yang mengatakan posisi ini adalah satu-satunya posisi seks yang perlu diamalkan sekiranya pasangan tersebut inginkan zuriat, dan posisi-posisi seks yang lain adalah tidak suci dan pasangan yang mengamalkan posisi seks selain daripada posisi Missionary tidak akan memperolehi zuriat!

Sudah pasti ini adalah Mitos dan tidak boleh dipercayai.

Pakar-pakar seksual juga sebelum ini percaya bahawa posisi ini hanya dilakukan oleh manusia ketika berjimak, dan tiada haiwan yang melakukan posisi seks ini untuk persetubuhan. Walaubagaimanapun penemuan terbaru mendapati posisi seks ini juga dilakukan oleh ‘Gorilla‘ dalam sesetengah situasi.

Apa yang buat posisi seks ini sangat diminati?

Posisi ini dikatakan diminati oleh kebanyakan pasangan di dunia kerana ‘mekanik’ posisi itu sendiri. Dalam posisi seks ini, si suami berada di atas dan si isteri berada di bawah.

Ini membuatkan si suami berasa berkuasa sepenuhnya ke atas si isteri, manakala si isteri seakan menyerah diri kepada si suami. Perlakuan ini sesuai dengan naluri suami sebagai seorang lelaki yang ingin mengawal pasangan mereka, dan naluri wanita si isteri yang ingin dibelai dan dikuasai suami.

Walaubagaimanapun, sesetengah wanita yang mempunyai sifat dominan dan ingin mengawal keadaan merasakan posisi jimak Missionary ini terlalu tradisional dan membosankan.

Buat posisi ini lebih menyeronokkan

Posisi seks missionary sm
Beri pembaharuan pada posisi seks missionary

Anda boleh membuat posisi inilebih menyeronokkan dengan memberikan variasi kepada posisi seks ini. Malah jika ini adalah posisi seks kegemaran anda dan pasangan, ingin saya katakan anda ‘perlu’ memberi variasi kepada posisi ini.

Walaupun posisi Missionary ini memberikan kenikmatan, tetapi jika setiap kali berasmara anda hanya mengamalkan posisi ini bersama pasangan, sudah pasti lama kelamaan pasangan akan bosan ketika berasmara.

Anda boleh memberi variasi kepada posisi seks ini dengan bantuan ‘prop’ seperti bantal. Letakkan bantal pada bawah punggung isteri. Ini akan memberi sensasi yang berlainan ketika menujah, kepada isteri dan juga suami. Teruskan pula dengan mengubah bantal ke bahagian bawah pinggang isteri. Anda akan merasakan sensasi yang berlainan pula dari sensasi tadi.

Rasakan bagaimana dengan mengubah kedudukan faraj, sudut tujahan zakar juga akan berubah dan anda dan pasangan akan merasakan nikmat baru ketika berjimak.

Si suami juga boleh memberikan lebih rangsangan pada isteri merebahkan badan dan mencium bibir isteri, menjilat leher isteri, menghisap cuping telinga isteri dan, gunakan imaginasi anda.

Atau suami boleh memegang payudara isteri dan meramas setiap kali menujah. Atau gentel dan picit puting payudara isteri dengan lembut.

Sebenarnya banyak lagi variasi-variasi dan modifikasi yang boleh anda lakukan pada posisi seks Missionary untuk membuatkan sessi persetubuhan anda berdua lebih menyeronokkan dan lebih nikmat.

Jika anda ingikan sumber bagaimana untuk melakukan variasi-variasi yang lebih advance, anda boleh dapatkan Panduan “Variasi Posisi Asmara”  yang telah saya terbitkan. Panduan ini saya berikan percuma sebagai Bonus kepada Pakej Kamasutra Bergambar.

Panduan Variasi Posisi Asmara ini adalah teknik “Advance”kepada mereka yang mahukan lebih kenikmatan daripada Posisi-Posisi Seks yang terdapat di dalam E-Buku Kamasutra Bergambar.

Ketahui bagaimana variasi posisi asmara yang dicipta khusus hasil daripada gabungan posisi-posisi seks ini dapat memberikan sensasi sepenuhnya kepada zakar dan faraj ketika berasmara sekaligus memberikan kenikmatan yang belum pernah anda dan si dia rasai ketika melakukan hubungan seks.

Anda harus mencuba sendiri variasi-variasi ini untuk merasai sensasi dan kenikmatan yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata.

Baca lebih lanjut tentang panduan E-Buku Variasi Posisi Asmara.

share-nodes
Kongsi: