5 Posisi Seks Liar Yang Belum Pernah Anda Cuba

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Posisi seks Missionary, posisi seks Doggy, dan posisi seks Spoon adalah antara posisi seks asas. Boleh dikatakan posisi-posisi seks ini adalah posisi wajib bagi setiap pasangan suami isteri ketika bersetubuh.

Ketiga-tiga posisi ini telah saya sentuh pada tip yang lepas, di artikel Posisi Seks Missionary, Posisi Seks Doggy, dan Posisi Seks Spoon.

Tetapi, saya pasti ramai pasangan yang mula berasa bosan dengan posisi seks yang sama setiap kali beraksi di ranjang.

Sudah tiba masanya anda berdua memberi pengalaman baru dalam hubungan seks anda berdua dengan posisi-posisi seks baru yang lebih liar dan mencabar.

Siapa yang tak sukakan cabaran?

Posisi Seks Liar Yang Hebat dan Nikmat

Sudah berkali-kali saya katakan, posisi seks yang berlainan akan beri nikmat yang berbeza ketika bersetubuh.

Jadi tidak ada ruginya anda berdua mencuba posisi-posisi seks baru untuk mengecapi nikmat baru yang sudah akan buat pengalaman berjimak anda berdua lebih mengasyikkan.

Posisi 1

Posisi seks liar 1

Sebelum anda berdua melakukan posisi seks ini, ingin saya beri amaran jangan terlalu rakus dan gelojoh. Terutama kepada suami. Silap hari bulan terseliuh leher isteri anda.

Posisi seks ini bagus untuk orgasma yang hebat. Malah posisi ini juga membolehkan suami menujah isteri dengan lebih dalam, sekali gus memberi sensasi yang sukar anda alami dengan posisi seks biasa.

Posisi 2

Posisi seks liar 2

Posisi seks yang liar ini agak terkenal, tetapi tak ramai yang melakukannya. Mungkin kerana posisi ini bermula dengan agak romantik.

Silangkan kaki anda berdua, dan suami memasuki isteri dengan perlahan-perlahan. Suami menujah isteri dengan lembut dan penuh tertib.

Bagaimana menukar posisi yang lembut ini kepada posisi yang liar? Suami boleh mendekatkan badan kepada isteri, dan memegang tangan isteri.

Tukar rentak mendayung kepada sedikit laju, dan rasakan genggaman tangan isteri semakin kuat dengan setiap tujahan suami.

Posisi 3

Posisi seks liar 3

Posisi ini sangat sesuai digunakan untuk seks oral. Helahnya ialah dengan meletakkan bantal yang tebal di bawah punggung isteri.

Isteri perlu mengangkat kaki dan merapatkan kaki ke dada beliau. Serapat yang boleh.

Alat sulit isteri terdedah sepenuhnya untuk digomol suami. Posisi ini juga buat isteri sukar untuk menolak, atau mencegah apa yang sahaja yang suami ingin lakukan kepada alat sulit beliau.

Kepada suami, gunakan peluang ini sebaik yang mungkin.

Posisi 4

Posisi seks liar 4

Senang cakap, posisi seks liar ini adalah posisi seks Missionary terbalik. Posisi ini sangat unik, dan boleh buat isteri berasa nakal dan seksi.

Isteri mengawal situasi pada posisi ini. Isteri meletakkan tangan pada punggung suami dan menggerakkan punggung suami untuk mengawal rentak mendayung suami.

Anda perlu cuba posisi unik ini, kerana anda berdua akan merasakan nikmat yang belum pernah anda rasai sebelum ini.

Posisi 5

Posisi seks liar 5

Posisi ini adalah posisi yang agak advance, dan mungkin tidak sesuai jika tahap kesihatan anda berdua tidak mengizinkan.

Tetapi, belum cuba belum tahu kan?

Si isteri merangkak di lantai. Angkat punggung setinggi yang mungkin. Si suami pula memegang pinggang isteri, seterusnya mengangkat isteri dan memasukkan zakar ke dalam faraj.

Isteri boleh memberi sokongan tambahan kepada badan dengan memeluk pinggang suami dengan kaki beliau.

Beri Nikmat dan Pengalaman Baru Dalam Hubungan Suami Isteri di Ranjang Dengan Posisi Seks Liar

Jangan hanya baca sahaja. Anda berdua perlu cuba posisi seks liar yang saya beri kali ni.

Ingat, posisi seks yang berbeza akan memberi nikmat yang berbeza. Anda berdua bukan sahaja akan dapat merasakan nikmat baru ketika bersetubuh, tetapi nikmat yang anda rasakan ini pasti lebih hebat dan lebih nikmat.

Jika sebelum ini anda atau pasangan sukar untuk puas sepenuhnya ketika bersetubuh, siapa tahu posisi-posisi ini akan buat anda mencapai orgasma pertama anda bersama pasangan.

Terdapat banyak lagi posisi-posisi seks yang unik dan hebat di dunia ni. Terutama sekali posisi seks gaya Kamasutra. Malah himpunan posisi seks Kamasutra adalah posisi seks terbaik zaman berzaman.

Baca artikel yang saya tulis di link ni kalau nak tahu kenapa posisi seks Kamasutra adalah posisi seks terbaik di dunia.

share-nodes
Kongsi: