7 Posisi Seks Kegemaran Wanita – Semua Suami Perlu Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Cita rasa wanita berbeza lelaki, boleh dikatakan dalam semua hal, termasuklah cita rasa dan keinginan seksual. Perbezaan ini juga sering buat wanita gagal mencapai kepuasan dalam hubungan seks.

Bagi kebanyakan suami, mereka melayan isteri mereka seperti apa yang mereka inginkan di ranjang, bukan seperti yang isteri inginkan.

Posisi seks kegemaran wanita
Dalam erti kata lain, kebanyakan suami tidak memahami keinginan seksual isteri mereka. Click To Tweet

Salah satu perbezaan cita rasa seksual adalah daripada pemilihan posisi seks.

Posisi Seks Kegemaran Wanita

Posisi seks sangat penting, dan memainkan peranan utama untuk menentukan nikmat sebenar ketika bersetubuh.

Memilih posisi seks yang tidak sesuai bukan sahaja boleh mematikan mood asmara, tetapi boleh buat anda gagal memuaskan pasangan sepenuhnya dalam hubungan seks.

Oleh itu tak hairan jika posisi seks kegemaran wanita adalah berbeza dengan posisi seks kegemaran lelaki.

Berikut ialah 7 posisi seks kegemaran wanita berdasarkan soal-jawab yang dilakukan kepada golongan besar wanita di dunia.

1. Variasi posisi doggy

Posisi doggy

Pada posisi ini isteri meniarap dan mengangkat sedikit punggung beliau. Suami memasuki isteri dari belakang.

Posisi ini membantu suami untuk melakukan penembusan dengan dalam. Isteri merapatkan kaki serapat yang mungkin. Ini buat faraj menjadi sangat ketat dan memudahkan suami menujah titik G-Spot isteri.

Isteri berada dalam keadaan rehat pada posisi ini. Keadaan ini buat ramai wanita yang menggemari posisi ini.

Menurut seorang wanita, beliau meletakkan bantal pada wajah beliau dan beliau boleh mengerang dan menjerit sekuat yang mungkin tanpa perlu risau didengari oleh jiran.

2. Posisi spoon

Posisi spoon

Posisi ini adalah posisi yang sangat intim. Oleh itu tidak hairan posisi ini adalah salah satu posisi seks kegemaran wanita.

Pada posisi ini suami dengan mudah dapat memeluk isteri, membelai payudara beliau, dan menggosok kelentit beliau semasa menujah.

Posisi ini juga memudahkan zakar untuk menujah G-Spot isteri.

Posisi seks ini sangat sesuai sekiranya anda berdua berasa malas tetapi ingin beraksi di ranjang. Terutama ketika baru bangun tidur.

Belajar bagaimana mendapat nikmat sebenar daripada posisi seks spoon.

3. Posisi doggy

Posisi doggy 2 kegemaran wanita

Posisi doggy bukan sahaja digemari lelaki, tetapi adalah salah satu posisi seks kegemaran wanita.

Menurut seorang wanita, beliau menggemari posisi ini kerana beliau berasa sangat seksi dan dapat menonjolkan ciri-ciri feminin beliau kepada suami.

Posisi seks doggy juga memberi nikmat yang berbeza berbanding posisi seks lain kerana sudut penembusan zakar yang unik.

Belajar tip melakukan posisi seks doggy dengan betul.

4. Posisi Missionary (Variasi)

Posisi missionary variasi kegemaran wanita

Seperti juga posisi seks spoon, posisi seks missionary adalah posisi yang intim dan sangat romantik. Posisi ini juga buat wanita berada dalam keadaan rehat, seterusnya memudahkan mereka untuk orgasma.

Tetapi ini tidak bermakna isteri hanya perlu berbaring dan tidak melakukan sebarang kerja.

Anda boleh menggerakkan pinggul selari dengan tujahan suami. Anda juga mengubah posisi kaki mengikut keselesaan anda untuk mengalami nikmat baru pada posisi ini.

Menurut seorang wanita, beliau gemar memeluk tubuh suami dengan kaki, dan menarik suami supaya semakin rapat.

Variasi dan nikmat berbeza yang boleh dirasai dengan posisi ini buat posisi seks missionary adalah salah satu posisi seks kegemaran wanita.

Saya telah menulis secara terperinci tentang posisi seks Missionary di panduan posisi missionary.

5. Posisi seks Wanita di atas

Posisi wanita di atas

Posisi seks ini digemari wanita yang suka mengawal situasi. Posisi ini juga menjadi salah satu posisi kegemaran wanita kerana mereka dapat mengawal nikmat yang mereka alami.

Seperti yang dikatakan oleh seorang isteri, pada posisi ini beliau boleh menentukan kelajuan dan kedalaman penembusan, dan mengawal ghairah beliau sepenuhnya.

Ini secara tidak langsung buat beliau mudah untuk orgasma dan klimaks.

Ramai juga suami yang menggemari posisi ini kerana mereka tidak perlu bekerja keras dan boleh menyimpan tenaga untuk aksi seterusnya.

6. Posisi seks Wanita di atas (terbalik)

Posisi reverse cowgirl

Seperti posisi seks doggy, posisi ini adalah salah satu posisi seks kegemaran wanita kerana faktor feminisme yang ditonjolkan.

Kebanyakan wanita berasa sangat seksi pada posisi ini. Dan seperti juga posisi wanita di atas, mereka boleh mengawal keadaan sepenuhnya.

Posisi ini mempunyai sudut penembusan yang unik dan boleh memberi nikmat yang berbeza jika anda belum pernah mencuba posisi seks ini.

7. Posisi seks Missionary (Variasi 2)

Posisi missionary variasi 2

Pada posisi seks ini, isteri mengangkat kaki tinggi ke udara. Posisi ini dinobatkan sebagai salah satu posisi yang memungkinkan suami untuk melakukan penembusan yang dalam pada faraj isteri.

Seorang wanita menyatakan posisi seks ini adalah seperti posisi seks Missionary, tetapi 100 kali ganda lebih nikmat!

Tidak menghairankan jika ini adalah salah satu posisi seks kegemaran wanita.

Anda boleh melakukan pelbagai variasi dengan posisi ini. Sebagai contoh, anda boleh membengkokkan sebelah kaki dan meletakkannya di atas bahu suami, atau bengkokkan kedua-duanya.

Walaubagaimanapun, posisi ini memerlukan sedikit fleksibiliti, dan boleh mengakibatkan kekejangan jika dilakukan dalam masa yang lama.

Oleh itu posisi ini sering digunakan sebagai posisi penamat ketika ingin klimaks.

Jangan Batas kan Posisi Seks Anda Berdua

Anda mungkin telah sedar tidak posisi seks yang sama, dalam konteks fizikal, mahupun nikmat. Pendek kata, posisi seks yang berbeza akan memberi pengalaman dan nikmat yang berbeza.

Satu fakta yang mungkin anda belum tahu ialah, daripada beratus posisi seks yang telah dicipta, terdapat beberapa posisi seks terbaik dan 100% sesuai dengan anda dan pasangan.

Bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz tubuh, saiz zakar, saiz faraj dan sebagainya, terdapat posisi seks yang dijamin akan memberi nikmat sepenuhnya kepada anda berdua.

Anda cuma perlu mencuba dan melakukan eksperimen untuk menentukan apakah posisi seks yang sesuai dan terbaik untuk anda dan pasangan.

Jika anda benar-benar serius untuk mencari posisi seks terbaik untuk anda dan pasangan, cara terbaik ialah dengan mencuba pelbagai posisi seks. Dan, seperti yang telah saya katakan sebelum ini, koleksi dan himpunan posisi seks terbaik adalah posisi seks Kamasutra.

share-nodes
Kongsi: