4 Posisi Seks Dijamin Buat Isteri Cepat Klimaks

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 14 Jan 2024
clock-one

Sesi hubungan intim yang panjang memang mengasyikkan. Tetapi kadang-kala anda perlu berubah arah dan cuba hubungan yang pantas dan segera. Tetapi ini tidak bermakna anda harus mengabaikan nikmat, dan melupakan klimaks.

Ini tiada masalah dengan suami, kerana seperti yang diketahui umum, kaum lelaki mudah klimaks ketika bersetubuh. Tetapi berbeza pula dengan isteri. Wanita memerlukan teknik dan rangsangan yang betul untuk buat mereka puas sehingga klimaks.

Setakat cukup makan, sudah pasti isteri anda gagal klimaks.

Buat isteri cepat klimaks

Posisi Seks Buat Isteri Cepat Klimaks

Oleh itu, kali ini saya beri posisi-posisi seks yang sesuai untuk buat isteri cepat klimaks. Posisi-posisi ini boleh dipercayai, mudah, dan telah terbukti berkesan.

Cuba posisi-posisi seks ini jika anda berdua tak punya masa yang panjang untuk seks. Click To Tweet

Posisi Seks Doggy

Posisi seks doggy

Satu fakta yang anda tak tahu tentang posisi seks doggy. Penyelidik dari Universiti Kentucky melakukan kaji selidik terhadap 14,000 lelaki dan wanita.

Hasil kajian mereka mendapati posisi seks doggy adalah salah satu daripada posisi seks yang paling mudah buat wanita klimaks.

Posisi ini memberi tujahan yang lebih dalam, dan meningkatkan geseran pada dinding lubang faraj. Posisi seks ini juga memberi rangsangan secara terus kepada titik G-Spot isteri.

Jika isteri selesa, beliau boleh menggunakan tangan beliau sendiri untuk menggosok kelentit semasa berada dalam posisi ini. Perbuatan ini dijamin akan buat isteri cepat klimaks.

Posisi Seks Berdiri

Posisi berdiri

Pada posisi ini, si suami memasuki isteri dari belakang. Pada permulaan, si boleh menegakkan badan, atau sedikit membongkok. Tetapi lebih afdal sekiranya isteri menundukkan badan untuk memberi lebih nikmat pada posisi seks ini.

Suami memegang tangan isteri untuk menyokong badan isteri. Dalam masa yang sama suami mengayun pinggang semasa menujah.

Seperti juga posisi doggy, zakar suami boleh menujah dengan dalam pada posisi ini. Ini memberi nikmat dan rangsangan yang lebih kepada isteri, sekali gus buat isteri cepat klimaks.

Posisi Seks Cowgirl

Posisi cowgirl

Posisi Cowgirl adalah posisi di mana isteri mengawal situasi sepenuhnya. Posisi ini jika dilakukan dengan sendiri, adalah sama seperti posisi seks wanita di atas yang biasa.

Tetapi suami boleh menambah rangsangan kepada isteri dengan meramas payu dara isteri, atau meletakkan jari dan menggosok kelentit isteri.

Suami juga boleh membantu menambah nikmat kepada isteri dengan mengayunkan pinggang bersama isteri. Gerakan ini bukan sahaja boleh buat isteri cepat klimaks, tetapi juga membantu suami menahan pancutan, dan pancut lambat.

Posisi seks ini juga adalah antara Posisi Seks Kegemaran Wanita yang telah saya sentuh dalam artikel sebelum ini.

Posisi Seks Spoon

Posisi spoon

Posisi seks spoon secara asalnya adalah posisi seks yang romantik. Dalam erti kata lain, posisi seks spoon adalah posisi seks yang “slow and steady”.

Saya telah menulis tentang Posisi Seks Spoon sebelum ini. Baca kalau nak tahu kenapa posisi seks spoon adalah posisi seks yang malas.

Tetapi, jika suami bekerja sedikit keras pada posisi ini, tidak mustahil isteri boleh puas sehingga klimaks. Teknik yang saya maksudkan ialah dengan merangsang tubuh isteri semasa melakukan posisi seks spoon.

Pada posisi ini, tubuh isteri terdedah sepenuhnya kepada suami, dan suami boleh melakukan apa sahaja.

Ramas payudara isteri, gosok paha beliau, bermain-main dengan kelentit isteri, dan apa sahaja yang anda ingin lakukan kepada isteri.

Ini bukan sahaja buat isteri cepat klimaks, tetapi boleh memberi pengalaman baru kepada isteri dalam hubungan seks.

Posisi-Posisi Seks Tambahan

4 Posisi seks yang saya beri kali ni tak cukup untuk anda berdua? Teruskan membaca artikel dan tip yang telah saya tulis sebelum ini. Banyak contoh-contoh posisi seks yang sesuai untuk setiap keadaan.

Atau, jika anda benar-benar serius untuk mempelajari posisi seks terbaik zaman berzaman, dapatkan panduan Kamasutra Bergambar. Ini adalah satu-satunya panduan yang anda perlukan untuk meningkatkan nikmat hubungan seks anda berdua ke tahap yang lebih tinggi.

share-nodes
Kongsi: