Posisi Bersetubuh Tahan Lama – Membantu Atau Tidak?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Dalam banyak-banyak ilmu tahan lama di ranjang, posisi bersetubuh tahan lama jarang diberi perhatian. Ramai yang lebih selesa dengan ubat tahan lama atau ubat, tetapi tak ambil bab langsung tentang posisi seks yang boleh bantu tahan lama bersetubuh.

posisi bersetubuh tahan lama
Posisi bersetubuh sangat membantu untuk tahan lama di ranjang. Tetapi, ada kelemahannya. Click To Tweet

Pertama sekali saya nak mohon maaf jika tuan buka tip ni dan berharap nak dapatkan atau nak tengok gambar posisi bersetubuh tahan lama.

Maaf, sebenarnya tak ada posisi seks tahan lama yang universal, yang sesuai untuk semua lelaki. Jika ada tip yang mengatakan posisi bersetubuh A, B atau C adalah posisi jimak tahan lama untuk semua lelaki, mereka salah.

Kenapa saya katakan tak ada posisi tahan lama yang sesuai untuk semua individu?

Posisi Bersetubuh Tak Sama

Tak semua posisi bersetubuh sama. Ada posisi yang boleh beri nikmat yang lebih pada suami, dan sebaliknya.

Perkara ni terjadi kerana tubuh fizikal kita semua berbeza, terutama alat kelamin. Saiz zakar ada yang pendek, panjang, besar, kecil.

Jadi, posisi bersetubuh yang boleh beri nikmat untuk mereka yang saiz zakarnya besar dan panjang sudah tentu tak sama nikmatnya untuk mereka yang saiz zakar kecil dan pendek.

Begitu juga kemaluan isteri tuan. Bentuk fizikal faraj, juga seperti zakar – tak sama. Ada faraj yang bukaannya sempit, tapi lubang dalamnya luas, dan sebaliknya. Saiz biji kelentit, bibir luar, bibir dalam, titik-G – semuanya tak sama, berbeza mengikut individu.

Ini adalah fakta, tapi tak ramai yang tak nak terima hakikat ni.

Dalam erti kata lain, ada posisi bersetubuh yang boleh buat suami pancut awal, dan ada juga posisi yang boleh bantu suami tahan pancut ketika mendayung.

So, bagaimana nak cari posisi bersetubuh yang sesuai untuk tuan? Yang boleh buat tuan tahan lama di ranjang?

Mencari Posisi Bersetubuh Tahan Lama

Cara nak cari posisi bersetubuh tahan lama yang sesuai dengan keadaan fizikal tuan dan isteri ialah dengan melakukan eksperimen.

Tuan dan isteri perlu cuba pelbagai posisi sehingga bertemu posisi yang dapat buat tuan tahan lama di ranjang.

Dalam erti kata lain, cuba sehingga tuan jumpa posisi yang boleh beri lebih nikmat kepada isteri, tetapi dalam masa yang sama buat tuan boleh mendayung tanpa pancut awal.

Selalunya posisi seks tahan lama ni akan buat tuan kurang nikmat ketika mendayung, tetapi isteri akan rasa sedap dan mudah puas.

Contohnya ada posisi yang boleh buat tuan menghentam biji kelentit isteri ketika mendayung. Ini akan beri lebih nikmat kepada isteri. Ada juga posisi yang boleh buat zakar merangsang titik G (G-Spot) isteri.

Ini semua bergantung kepada keadaan fizikal alat sulit tuan dan isteri. Perlu cuba sehingga berjumpa posisi bersetubuh tahan lama yang sesuai untuk tuan dan isteri.

Posisi Bersetubuh Tahan Lama – Membantu Atau Tidak?

Persoalan utama di sini ialah betul ke posisi tahan lama ni membantu? Jawapannya ialah ya. Tetapi, hanya jika tuan telah berjumpa dengan posisi yang sempurna untuk tuan dan pasangan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam teknik menggunakan posisi seks untuk tahan lama di ranjang.

Kelemahan yang saya maksudkan ialah dari segi nikmat. Posisi yang boleh beri lebih nikmat kepada isteri, sekali gus akan mengurangkan nikmat kepada tuan.

Ini adalah kelemahan utama posisi bersetubuh yang perlu tuan ambil bab.

Jika tuan sanggup berkorban untuk memuaskan isteri, ini tak menjadi masalah. Tetapi lama kelamaan tuan akan jadi bosan ketika bersetubuh.

Mana tidaknya, buat apa mendayung isteri kalau kita tak rasa sedap?

Tak Perlu Risau Nak Pilih Posisi Bersetubuh Dengan Teknik Lelaki Orgasma Berganda

Penyelesaian untuk kelemahan teknik posisi bersetubuh ini ialah dengan mencari jalan lain supaya tuan dapat tahan lama di ranjang.

Salah satu teknik yang paling berkesan ialah teknik lelaki orgasma berganda. Teknik ini boleh dikatakan adalah teknik mutlak untuk ilmu tahan lama.

Mereka yang menguasai teknik ni boleh pilih bila mereka hendak pancut ketika berdayung. Dan, mereka juga boleh puas dan klimaks tanpa pancut.

Jika tuan belajar dan menguasai teknik lelaki orgasma, tak perlu risau lagi nak cuba posisi apa pun dengan isteri. Tak ada masalah kerana tuan dah belajar bagaimana nak kawal pancutan. Tuan juga boleh pilih bila tuan hendak pancut ketika mendayung.

Nak tunggu isteri klimaks tiga empat kali baru tuan nak pancut? – Tak ada masalah!

Jika tuan nak tahu atau nak belajar teknik lelaki orgasma berganda, tuan boleh dapatkan panduan E-Buku Teknik Tahan Lama. Panduan ini adalah panduan lengkap ilmu tahan lama yang perlu dimiliki oleh semua suami yang serius nak puaskan isteri mereka ketika bersetubuh.

share-nodes
Kongsi: